Perutusan Jurutera Daerah Muallim
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Selamat datang ke Laman Web JKR Daerah Muallim
Laman Web JKR Daerah Muallim ini adalah merupakan gerbang utama informasi berkaitan dengan Web JKR Daerah Muallim bagi memberi kemudahan kepada pengguna terutamanya 'stakeholders' JKR bertepatan dengan kepesatan dunia tanpa sempadan dan transformasikan budaya kerja JKR dan menepati dasar terkini Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Segala maklumat berkaitan fungsi, aktiviti jabatan serta perkhidmatan yang berkaitan terutamanya berkaitan kerja-kerja sebutharga yang dilaksanakan Jabatan diharap dapat dicapai oleh pengguna melalui laman web ini dengan cepat dan tepat. Ianya boleh diakses dimana jua mereka berada melalui hujung jari sahaja.Apa yang penting, proses pengemaskinian berterusan sentiasa dilaksanakan bagi memastikan pengguna mendapat info dan berita terkini tentang laman Web JKR Daerah Muallim dan menjadi alat mesra pengguna selain daripada dapat memenuhi inspirasi JKR Negeri Perak.
JKR Daerah Muallim berazam dan beriltizam akan bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik bagi memastikan aspirasi JKR Negeri Perak terlaksana dengan jaya dan cemerlang.
Sekian,terima kasih.
Ir. Yussaime bin Ahmad Yusuf