JURUTERA AWAM KANAN JKR TLDM

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.                                                                                                                                                                                                                                                           

Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Kerja Raya JKR TLDM Lumut. JKR TLDM Lumut merupakan salah satu agensi teknikal utama Kerajaan Malaysia yang telah diamanahkan dalam pengendalian dan pelaksanaan projek pembangunan dan penyenggaraan aset Kerajaan (Kementerian Pertahanan) di dalam Pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak serta memberi perkhidmatan kejuruteraan dan nasihat teknikal kepada pihak pelanggan (Kementerian Pertahanan).

Perkembangan teknologi sedunia yang semakin canggih telah mengeratkan komunikasi antara satu sama lain dengan mudah dan pantas. Dengan itu, Laman Web JKR TLDM Lumut merupakan agen media sumber maklumat dan komunikasi antara JKR TLDM Lumut, pihak pelanggan dan orang awam. Sejajar dengan hasrat Dasar Transformasi Negara, kami sebagai salah satu agensi Kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk memulakan langkah transformasi perkhidmatan awam iaitu perubahan yang melibatkan tindakan, sifat dan persekitaran yang berlaku secara tersusun dan bertahap mengikut perancangan yang ditetapkan dalam usaha untuk mencapai keberhasilan strategik. Pembaharuan kepada perkhidmatan awam penting bagi memastikan rakyat mendapat manfaat menerusi pencapaian keberhasilan yang berimpak tinggi.

Melalui laman web ini, JKR TLDM Lumut telah menyediakan maklumat kepada empat golongan pengguna utama iaitu pihak kontraktor/perunding, pihak pelanggan (Kementerian Pertahanan), warga awam dan warga JKR sendiri. Pihak Kontraktor/perunding boleh mengetahui maklumat seperti jadual harga tender/ sebutharga, iklan tender/ sebutharga apabila melayari laman web ini.

Akhir sekali saya ingin menyeru kepada semua pegawai dan kakitangan agar dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap kerja dan aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan. Semangat bekerja yang tekad, efisien dan harmoni serta modal insan yang kreatif dan inovatif adalah penting bagi membolehkan kita mencapai Visi dan Misi Jabatan .

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Ir. FAUZI BIN ABDUL RAHMAN
Jurutera Awam Kanan
Jabatan Kerja Raya TLDM Lumut

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 06:39:18.