Skip to main content

Perutusan Jurutera JKR Unit Tentera

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Bissmillahirrahmanirrahim

Dengan izin Allah SWT. Ini adalah permulaan hari yang paling menarik dan mencabar bagi saya. Saya teruja dan berbesar hati diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Unit Tentera JKR Negeri Perak. Dengan rendah hati saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mempercayai dan memberi saya kesempatan ini.

Unit Tentera JKR Negeri Perak berfungsi untuk memantau dan menyelenggara kerja-kerja awam, elektrik dan mekanikal bagi kem-kem Tentera Darat, Udara dan Laut di seluruh negeri Perak. Selain itu juga, memastikan perkhidmatan pengurusan fasiliti bangunan dan yang berkaitan dengannya sentiasa efektif dan efisien dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Dengan tertubuhnya Unit Tentera Negeri ini diharapkan kerja-kerja senggaraan bangunan-bangunan di Kem Tentera Darat, Udara dan Laut akan lebih bersepadu dan menyeluruh.

 

Ir. Rouziah binti Sad Zali

Jurutera Elektrik Kanan

Unit Tentera JKR Negeri Perak