04.12.2024 : Lawatan kerja Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar & Pembangunan) ke Laluan Persekutuan FT001 Jalan Ipoh - Tg Malim sek 588 bagi Cadangan Naiktaraf Persimpangan Searas ke Botani, Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan. Cadangan projek adalah bagi mengatasi masalah kesesakan di persimpangan terutama pengguna yang ingin masuk ke simpang Taman Botani dan sekitarnya. Lawatan Dato’ TKSU diiringi oleh Pn Jurutera Daerah Kinta, Ir. Atikah binti Md Radzi, JAPK CSFJ, JAPJ Perak dan juga pegawai-pegawai JKR.