Skip to main content

19.09.2025 : Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST)

Berita Terkini

19 September 2025 – YBhg. Dato' Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah menghadiri Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa / Pengarah Projek bertempat di Mezzanine, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur bagi projek berikut:
1. Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) dengan Kuarters Integrasi Mak Mandin, Pulau Pinang
2. Balai Bomba dan Penyelamat Permatang Tinggi, Pulau Pinang
3. Pembinaan Bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak
4. Penggantian Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan, Jerantut, Pahang
Majlis disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Ketua Pengarah Kerja Raya melalui penyerahan dokumen SST kepada kontraktor yang berjaya, iaitu ANS Development Sdn. Bhd., Langkasuka Point Sdn. Bhd., Pemilik Hati Sdn. Bhd. dan Blackfox Engineering Sdn. Bhd. Turut berlangsung, penyerahan Surat Pelantikan kepada Pengarah JKR Pulau Pinang, Pengarah JKR Negeri Pahang dan Jurutera Daerah Kinta dan turut hadir sama Pengarah JKR Negeri Perak, diikuti dengan sesi menandatangani Aku Janji Kontraktor.
Turut hadir menyaksikan majlis ialah Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan dan Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan selaku Pengurus Program; wakil pelanggan; wakil pengguna; HOPT; HODT; serta wakil kontraktor.
Tahniah diucapkan kepada semua kontraktor yang dilantik. Diharapkan setiap projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkualiti, seterusnya memberi manfaat yang berterusan kepada masyarakat setempat. Sebagai pihak bertanggungjawab dalam pelaksanaan, JKR komited memastikan semua projek disiapkan mengikut jadual dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan demi menyediakan kemudahan terbaik untuk rakyat.
 
Sumber Facebook RASMI PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR BANGUNAN) JKR MALAYSIA