Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK DAIF PERAK (2022): PEMBINAAN BANGUNAN GANTIAN PENUH 2 BILIK DARJAH PRASEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN TOH SAJAK, BATU KURAU, PERAK.

Berita Terkini

Pada 27 Januari 2024 (Isnin), Majlis Penyerahan Projek Daif Perak (2022) bagi Pembinaan Bangunan Gantian Penuh 2 Bilik Darjah Prasekolah telah berlangsung di Dewan Saidina Abu Bakar As Siddiq, Sekolah Kebangsaan Toh Sajak, Batu Kurau, Perak.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Haji Zamri bin Mat Kasim, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak bersama YBrs. Puan Sabarina binti Jamaluddin, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah, Larut, Matang dan Selama (LMS), YBrs. Puan Intan Norshahrah binti Ibrahim, Arkitek Kanan Bahagian Pejabat Negeri Zon Tengah BPN 2, Cawangan Kerja Pendidikan (CKP), Ibu Pejabat JKR Malaysia, YBrs. Puan Zarina binti Mohamed Yusoff, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (LMS) dan YBrs. Puan Rosliza binti Omar, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Toh Sajak.

Pegawai Penguasa (SO) bagi projek ini adalah YBrs. Ir. Muhamad Hambali bin Ab Ghani, Jurutera Daerah JKR Larut, Matang & Selama, manakala Pn. Norhafizah binti Khairuddin sebagai Wakil Pegawai Penguasa Projek.

Projek ini berjaya diserahkan dengan pencapaian yang baik iaitu 7 dalam 1:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing)
  3. Zero Fatal Accident
  4. Zero Injury
  5. Zero Major Defect
  6. Projek Siap Awal 2 Hari Tanpa Lanjutan Masa
  7. Penyediaan Coffee Table Book (Digital)

Projek ini merupakan satu lagi langkah penting dalam usaha menyediakan fasiliti pembelajaran yang kondusif dan selesa, khususnya untuk pelajar prasekolah. Kejayaan projek ini bukan sahaja membuktikan komitmen JKR dalam menyampaikan hasil kerja berkualiti tinggi, tetapi juga menyumbang kepada perkembangan awal pendidikan kanak-kanak. Dengan fasiliti moden dan ruang pembelajaran yang lebih selesa, pelajar prasekolah kini berpeluang untuk belajar dalam persekitaran yang lebih positif, seterusnya merangsang pertumbuhan intelektual, emosi, dan sosial mereka.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pasukan seliaan tapak dari JKR Daerah Larut, Matang & Selama, CKP selaku Pengurus Program, HOPT Bahagian Bangunan JKR Negeri Perak, HODT JKR Negeri Perak, WPP Pakar JKR Negeri Perak (Bahagian Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal), pihak kontraktor, dan semua pasukan projek yang terlibat atas komitmen dan dedikasi tinggi dalam memastikan kejayaan projek ini.

#IamJKR

#KitaJKR

#JKRsynergy

#JasaKepadaRakyat