JKR Perak Tengah telah menganjurkan program Fun Walk Merdeka yang melibatkan seramai 88 orang peserta terdiri daripada kakitangan Jabatan Kerja Raya Perak Tengah bersama pihak konsesi daripada Empayar Indera dan Belati Wangsa pada 26 Ogos 2025.
Program ini melibatkan perjalanan sejauh 6.8KM bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68. Peserta Fun Walk turut singgah di beberapa checkpoint jabatan kerajaan seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Pejabat Daerah & Tanah Perak Tengah, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah, Majlis Daerah Perak Tengah, BOMBA Perak Tengah dan Kolej Vokasional (KV).
Sebagai simbolik perpaduan antara jabatan, penyerahan bendera dan sijil penghargaan telah dilakukan di setiap checkpoint yang dilawati oleh Tuan Jurutera Daerah JKR Perak Tengah (Ir. Ahmad Abdul Shahid Bin Mohamad) kepada setiap Ketua Jabatan yang terlibat.
Semoga program ini terus memupuk semangat kemerdekaan, kerjasama serta ukhuwah antara semua jabatan di Daerah Perak Tengah.