P/JKR/SFM/JMN/Mek 38/2024
JKR BAHAGIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
NOTIS SEBUT HARGA KERJA
P/JKR/SFM/JMN/Mek 38/2024
KERJA-KERJA SISTEM MEKANIKAL BAGI CADANGAN KERJA-KERJA SELENGGARA, UBAHSUAI DAN NAIKTARAF TANGKI AIR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI SMKA TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) KERIAN, PERAK.
Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Negeri Perak dan mempunyai Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) serta, Sijil Taraf Bumiputera (STB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred G2 Kategori ME Pengkhususan M02.
(Tempoh sah sijil-sijil hendaklah tidak kurang 60 hari dari tarikh tutup iklan ini)
Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN (Petender hendaklah kemukakan Sijil Pendaftaran Asal CIDB (Perakuan Pendaftaran Kontraktor & Sijil Perolehan Kerja Kerajaan) & PKK (Sijil Taraf Bumiputera), SSM (Sijil Pendaftaran Syarikat. Surat Kebenaran Khas CIDB adalah tidak dibenarkan. Taklimat akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 17/09/2024 (SELASA)
Masa: 10:30 pagi - 11:00 pagi (Pendaftaran)
11:00 pagi (Jangkaan Taklimat)
Tempat: SMKA TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TIMUA) KERIAN, PERAK.
(Perhatian: Kontraktor tidak dibenarkan menghantar wakil untuk hadir lawatan tapak)
Kontraktor dikehendaki membuat semakan kelayakan melalui pautan http://s3pk.perak.gov.my/IklanDetails.aspx?refNo=PRO240909144442417 atau melalui imbasan QR Kod di bawah bermula dari tarikh 10/09/2024 bermula jam 08:00 pagi sehingga 17/09/2024 jam 05:00 petang sahaja. Sila klik butang Berminat untuk tujuan pendaftaran Sebut Harga kerja ini.
Emel yang mengandungi no siri unik akan dihantar melalui EMEL RASMI SYARIKAT YANG AKTIF SAHAJA (Emel persendirian tidak dibenarkan) Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun dari laman sesawang S3PK Negeri Perak, bermula dari 18/09/2024 sehingga 23/09/2024 setelah menerima emel pengesahan kehadiran.
Dokumen sebutharga dalam bentuk salinan cetak yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan serahan tangan atau perkhidmatan pos dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga JKR BAHAGIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, JKR CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL NEGERI PERAK Ketua Jurutera Mekanikal Negeri JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak 30200 Lorong Lahat, Ipoh Perak TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengah hari, hari JUMAAT, 27/09/2024.
Sebarang pertanyaan sila emel ke
Ir Mahadhir Bin Mustaffa
Notis ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan.
Ketua Jurutera Mekanikal Negeri
09/09/2024