Skip to main content

P/JKR/PP/JMN/Mek 8/2024

JKR BAHAGIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
NOTIS SEBUT HARGA KERJA


P/JKR/PP/JMN/Mek 8/2024
SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN & SISTEM PAM PENGGALAK BAGI PEMBINAAN PEJABAT
BAHARU & NAIK TARAF BANGUNAN SEDIA ADA BAGI JKR CAWANGAN KEJURUTERAAN
ELEKTRIK NEGERI PERAK (TAWARAN SEMULA)


1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Negeri Perak, Pulau
Pinang, Negeri Selangor dan mempunyai Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB), serta Sijil
Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred G2 Kategori ME
Pengkhususan M02


(Tempoh sah sijil-sijil hendaklah tidak kurang 60 hari dari tarikh tutup iklan ini)


2. Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Surat Kebenaran Khas CIDB adalah tidak
dibenarkan.


3. Kontraktor dikehendaki membuat semakan kelayakan melalui pautan
http://s3pk.perak.gov.my/IklanDetails.aspx?refNo=PRO241125115146932 atau
melalui imbasan QR Kod di bawah bermula dari tarikh 26/11/2024 bermula jam 08:00
pagi sehingga 10/12/2024 jam 05:00 petang sahaja. Sila klik butang Berminat untuk
tujuan pendaftaran Sebut Harga kerja ini.


4. Emel yang mengandungi no siri unik akan dihantar melalui EMEL RASMI SYARIKAT
YANG AKTIF SAHAJA (Emel persendirian tidak dibenarkan) Dokumen Sebut Harga
boleh dimuat turun dari laman sesawang S3PK Negeri Perak, bermula dari
11/12/2024 sehingga 13/12/2024 setelah menerima emel no siri.


5. Dokumen sebutharga dalam bentuk salinan cetak yang telah lengkap diisi hendaklah
dihantar dengan serahan tangan atau perkhidmatan pos dan dimasukkan ke dalam
Peti Tawaran Sebut Harga JKR BAHAGIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JKR
CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL NEGERI PERAK Ketua Jurutera Mekanikal
Negeri JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak Lorong Lahat, Ipoh 30200
Perak TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengah hari, hari RABU, 18/12/2024.


6. Sebarang pertanyaan sila emel ke jAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi nombor telefon 05-254 0817/ 254 0826 / 254
7313.

 

 


Ir Mahadhir Bin Mustaffa
Ketua Jurutera Mekanikal Negeri
26/11/2024