Skip to main content

SH/P/JKR/JMN/SFM/Mek 02/2025

JKR BAHAGIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
NOTIS SEBUT HARGA KERJA
SH/P/JKR/JMN/SFM/Mek 02/2025


KERJA-KERJA PEMASANGAN BARU SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS BERASINGAN SERTA
LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUALA
KANGSAR, PERAK DARUL RIDZUAN


1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Negeri Perak dan
mempunyai Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perakuan Pendaftaran
Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB), serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan
(SPKK) yang masih sah dalam Gred G1 Kategori ME Pengkhususan M01


(Tempoh sah sijil-sijil hendaklah tidak kurang 60 hari dari tarikh tutup iklan ini)


2. Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Surat Kebenaran Khas CIDB adalah tidak
dibenarkan.


3. Kontraktor dikehendaki membuat semakan kelayakan melalui pautan
http://s3pk.perak.gov.my/IklanDetails.aspx?refNo=PRO250114083602741 atau
melalui imbasan QR Kod di bawah bermula dari tarikh 15/01/2025 bermula jam 08:00
pagi sehingga 22/01/2025 jam 05:00 petang sahaja. Sila klik butang Berminat untuk
tujuan pendaftaran Sebut Harga kerja ini.


4. Emel yang mengandungi no siri unik akan dihantar melalui EMEL RASMI SYARIKAT
YANG AKTIF SAHAJA (Emel persendirian tidak dibenarkan) Dokumen Sebut Harga
boleh dimuat turun dari laman sesawang S3PK Negeri Perak, bermula dari
23/01/2025 sehingga 24/01/2025 setelah menerima emel no siri.


5. Dokumen sebutharga dalam bentuk salinan cetak yang telah lengkap diisi hendaklah
dihantar dengan serahan tangan atau perkhidmatan pos dan dimasukkan ke dalam
Peti Tawaran Sebut Harga JKR BAHAGIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JKR
CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL NEGERI PERAK Ketua Jurutera Mekanikal
Negeri JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Perak Lorong Lahat, Ipoh 30200
Perak TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengah hari, hari ISNIN, 03/02/2025.


6. Sebarang pertanyaan sila emel ke jAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau
shamsulr@Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi nombor telefon 05-2540817/ 05-2540826/ 05-
2557313