Info Awam

Maklumat Umum

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung Portal Rasmi JKR Perak terutama sekali orang awam yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat.

Untuk makluman Dato'/Datin, Tuan-Tuan/Puan-Puan, pejabat ini telah menerima banyak email mengenai aduan-aduan, permohonan-permohonan jawatan kosong dan Latihan Industri (LI) melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Aduan serta permohonan Dato'/Datin, Tuan-Tuan/Puan-Puan mungkin tidak akan dilayan kerana tidak melalui saluran yang betul.

Untuk mengelakkan sebarang kemusykilan serta salah faham, dibawah ini disenaraikan saluran-saluran yang betul supaya aduan dan permohonan Dato'/Datin, Tuan-Tuan/Puan-Puan dapat diproses dengan segera.

(1) ADUAN-ADUAN AWAM

Segala aduan hendaklah menggunakan saluran aduan seperti berikut :-

  • Menerusi email aduan JKR Perak iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau
  • Menerusi email aduan JKR Malaysia iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau
  • Menerusi Talian Bebas Toll JKR Perak iaitu 1-800-88-3377 atau
  • Menerusi Talian Bebas Toll JKR Malaysia iaitu 1-300-88-8557 atau
  • Menerusi SMS Ke 32728 [DAPAT] dengan menaip JKR [aduan anda] (Caj RM0.50 akan dikenakan untuk setian SMS)
  • Menerusi surat atau datang sendiri ke Pejabat JKR Perak, JKR-JKR Cawangan, JKR-JKR Daerah.

Selain daripada saluran yang tersebut, Aduan anda TIDAK akan dilayan.

(2) PERMOHONAN JAWATAN KOSONG

Untuk makluman, Jabatan Kerja Raya Perak Darul Ridzuan adalah sebuah jabatan kerajaan dan semua permohonan jawatan kosong terutamanya pemegang-pemegang sijil Dilploma dan Ijazah hendaklah dibuat melalui portal-portal dibawah melainkan ada diiklankan didalam akhbar-akhbar utama.

  1. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  2. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  3. Gerbang Kerjaya Portal Jobs Malaysia

Permohonan terus ke jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan TIDAK akan dilayan.

(3) PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan urusetia Latihan Industri di talian:

1. Bagi pelajar-pelajar dari Universiti, IPTS atau IPTA yang ingin mengikuti Latihan Industri di Jabatan Kerja Raya Perak Darul Ridzuan, permohonan hendaklah dibuat melalui email atau walk in terus ke Jabatan Kerja Raya Negeri Perak.

2. Dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan adalah :-
 
i.  Surat Permohonan Latihan Industri daripada Institusi / Universiti
ii.  Resume Pelajar
iii. Borang Maklumbalas Dari Institusi / Universiti
iii.Transkrip akademik
 
3. Permohonan Latihan Industri hendaklah dibuat seawal tiga (3) bulan atau lebih untuk mendapatkan kelulusan dari pihak pengurusan. Permohonan yang tidak melalui saluran ini TIDAK akan di layan.
 
4.Jenis/Bidang Latihan yang berkaitan :-
  • Bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal & Elektrikal
  • Bidang Senibina dan Rekabentuk Struktur
  • Bidang Kontrak & Ukurbahan
  • Bidang ICT ( Sijil & Diploma sahaja ) Lain-lain bidang yang berkaitan.
5. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan urusetia Latihan Industri di talian:-

Puan Nor Hafiza Binti Abdullah
Unit Sumber Manusia
05-2534041 ext 4037
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat Pejabat:

Bahagian Pengurusan Korporat, Tingkat 3
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000, Ipoh Perak Darul Ridzuan

Offcanvas

JKR PERAK