Bangunan Kellie€™s Castle merupakan salah satu tarkan pelancong ke Daerah Kinta. Bagi meningkatkan kemudahan prasarana, Kementerian Pelancongan telah menyalurkan peruntukan untuk pembinaan sebuan One Stop Centre berserta dengan pengindahan lanskap kawasan.

Pelaksanaan pembinaan telah dilakukan oleh Ekram Builders Sdn. Bhd. JKR Perak bukan sahaja berjaya menyiapkan projek sepertimana yang dikehendaki pelanggan malah telah menyumbangkan jambatan bailey kepada pihak Kementerian Pelancongan khususnya bagi menambahbaik kemudahan yang disediakan.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, Dato€™ Ir. Dr. Safry Kamal Bin Hj. Ahmad kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia, Dato€™ Dr. Ong Hong Peng pada 28hb November 2012 di perkarangan Kellie€™s Castle, Batu Gajah.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Khamis 16 Mei 2024, 04:23:55.