Bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pembantu tadbir, bahagian pentadbiran telah mengadakan satu bengkel Penyelenggaraan Buku Perkhidmatan pada 18 April 2013, bertempat di Dewan Tan Sri Mahfuz, JKR Perak. Tujuan utama ialah untuk memberi panduan kepada kakitangan yang mengurus buku perkhidmatan kerajaan supaya maklumat yang direkodkan lebih teratur, lengkap dan seragam.

Kaedah penyelenggaraan rekod perkhidmatan yang kemas akan memudahkan bahagian lain menyambung tugas. Seramai 60 pembantu tadbir dari semua daerah JKR Perak telah hadir dalam bengkel tersebut. Penceramah yang diundang khas dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Tn. Haji Mohd Isa Bin Abu Bakar telah menyampaikan dan memberi penerangan kepada para peserta.

Ke Foto Galeri

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 08 Mei 2024, 01:59:47.