Sebuah rumah dan bangunan pejabat bagi menempatkan Orang Besar Jajahan Daerah Kampar bakal akan dilaksanakan. Bangunan yang bernilai RM 1.6 juta itu akan mula pembinaannya pada 20 jan 2014 dan dijangka siap pada 18 jan 2015.

Kontraktor yang telah diberi mandat untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan ialah Zarif Enteprise Malaysia Sdn. Bhd. beralamat No. 9, Block N, Jalan SMIC/4 Fasa IC/2 , 32040 Seri Manjung. Majlis pecah tanah telah diadakan pada 14 Feb. 2014 di tapak bina dan bacaan doa telah disempurnakan oleh Imam Masjid Kampar.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah JKR Perak YDH Toh Paduka Setia Dato€™ IR. Dr. Safri Kamal bin Haji Ahmad, Orang Besar Jajahan Kampar, Pegawai Daerah Kampar dan beberapa pegawai-pegawai kanan daerah Kampar lainnya.

Ke Foto Galeri

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 24 April 2024, 00:09:08.