JKR Daerah Manjung diterajui oleh seorang Jurutera Daerah iaitu Ir. Ramendra Loganathan. Beliau mula berkhidmat di JKR Daerah Manjung bermula pada 10 Februari 2020. Beliau dibantu oleh 3 orang Jurutera iaitu, Jurutera Bangunan, Jurutera Jalan dan Jurutera Senggara. Untuk makluman, JKR Daerah Manjung mempunyai 104 Pegawai dan Kakitangan dari Kumpulan Pengurusan Professional dan Sokongan yang terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan.

Bangunan JKR Daerah Manjung telah dibina bermula pada 4 Oktober 1982 di bawah peruntukkan Kerajaan Negeri sebanyak RM1.6 juta dan telah disiapkan pada 25 Disember 1983. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusof Ghaffarullahu-Lahu Shah pada tanggal 2 Oktober 1987.

 

  • JKR Malaysia
logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Isnin 30 Mac 2020, 10:35:16.