Maklumat Umum

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung Portal Rasmi JKR Perak terutama sekali orang awam yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat.

Untuk mengelakkan sebarang kemusykilan serta salah faham, dibawah ini disenaraikan saluran-saluran yang betul supaya aduan dan permohonan Dato'/Datin, Tuan-Tuan/Puan-Puan dapat diproses dengan segera.

(1) ADUAN-ADUAN AWAM

Segala aduan hendaklah menggunakan saluran aduan seperti berikut :-

  • Menerusi email aduan JKR Perak iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau
  • Menerusi email aduan JKR Malaysia iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau
  • Menerusi Talian Bebas Toll JKR Perak iaitu 1-800-88-3377 atau
  • Menerusi Talian Bebas Toll JKR Malaysia iaitu 1-300-88-8557 atau
  • Menerusi SMS Ke 32728 [DAPAT] dengan menaip JKR [aduan anda] (Caj RM0.50 akan dikenakan untuk setian SMS)
  • Menerusi surat atau datang sendiri ke Pejabat JKR Perak, JKR-JKR Cawangan, JKR-JKR Daerah.

Selain daripada saluran yang tersebut, Aduan anda TIDAK akan dilayan.

(2) PERMOHONAN JAWATAN KOSONG

Untuk makluman, Jabatan Kerja Raya Perak Darul Ridzuan adalah sebuah jabatan kerajaan dan semua permohonan jawatan kosong terutamanya pemegang-pemegang sijil Dilploma dan Ijazah hendaklah dibuat melalui portal-portal dibawah melainkan ada diiklankan didalam akhbar-akhbar utama.

  1. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  2. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Permohonan terus ke jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan TIDAK akan dilayan.

(3) PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI

Permohonan Latihan Industri boleh dimohon dengan melayari pautan

https://digital.perak.my/internship/- Permohonan Latihan Industri 2024 telah dibuka

https://internship.jkr.gov.my - Permohonan Latihan Industri 2024  telah dibuka

1. Bagi pelajar-pelajar dari Universiti, IPTS atau IPTA yang ingin mengikuti Latihan Industri di Jabatan Kerja Raya Perak Darul Ridzuan, permohonan hendaklah melalui portal digital.perak.my/internship.

2. Dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan adalah :-
 
i.  Surat Permohonan Latihan Industri daripada Institusi / Universiti
ii.  Resume Pelajar
iii. Borang Maklumbalas Dari Institusi / Universiti
iii.Transkrip akademik
 
3. Permohonan akan diproses dalam tempoh 7-14 hari mengikut kepada penempatan dan peruntukan yang telah disediakan.
 
4.Jenis/Bidang Latihan yang berkaitan :-
  • Bidang Kejuruteraan Awam, Mekanikal & Elektrikal
  • Bidang Senibina dan Rekabentuk Struktur
  • Bidang Kontrak & Ukurbahan
  • Bidang ICT 
  • Lain-lain bidang yang berkaitan.
5. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan urusetia Latihan Industri:-

Encik Ammar Abdul Aziz Bin Zex
05-253 4041 ext 4133

Alamat Pejabat:

Bahagian Pengurusan Korporat, Tingkat 3
Jabatan Kerja Raya Negeri Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000, Ipoh Perak Darul Ridzuan

 


logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 27 Mac 2024, 06:39:18.