Skip to main content

Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta

PERUTUSAN JURUTERA DAERAH

Jurutera Daerah Kinta

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk menyampaikan perutusan sebagai Jurutera Daerah Kinta buat pertama kalinya di dalam online portal laman web JKR Daerah Kinta.

Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi penghargaan kepada Pengurusan Tertinggi JKR Perak kerana memberi peluang menyampaikan sepatah dua kata. Tahniah juga kepada semua pegawai dan kakitangan JKR Daerah Kinta kerana berjaya mengharungi ujian dan cabaran bersama-sama saya dengan penuh komited dan cemerlang.

Tahniah juga kepada Pengurusan Tertinggi JKR Malaysia yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui JKR Daerah Kinta yang merupakan salah satu daerah utama bagi Negeri Perak kerana di sini terletaknya ibu negeri Perak iaitu Bandaraya Ipoh. Daerah Kinta meliputi keluasan 130,500 hektar dan mempunyai sebanyak 18 mukim. Jumlah panjang jaringan jalan raya persekutuan ialah 178.232 km manakala jumlah panjang jaringan jalan raya negeri ialah 158.69 km.

Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak pengurusan tertingi JKR Perak kerana mewujudkan ruangan portal online ini. Saya berharap ianya dapat memberi maklumat dan info berguna dengan tepat dan pantas kepada semua oranga awam dan penduduk Daerah Kinta khususnya.

Sekian, wassalam.

IR. ATIKAH BIN MD RADZI
JURUTERA DAERAH KINTA

Visi

"Kami akan menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini."

Misi

JKR menyumbang kepada pembangunan negara melalui :

  • Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik
  • Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten
  • Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif
  • Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada
    Membangunkan modal insan dan kompetensi-kompetensi baru
  • Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan
  • Membina hubungan yang harmoni dengan komuniti
  • Memelihara persekitaran di dalam penyampaian perkhidmatan

Hubungi Kami

Alamat: Pejabat Jurutera Daerah JKR Daerah Kinta, Jalan Charleton, 30100 Ipoh, Perak
Telefon: 05-5277055 /
Fax: 05-5278055
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.