Jabatan Kerja Raya Daerah Perak Tengah diketuai oleh Jurutera Daerah Gred J48 dan dibantu oleh dua (2) Jurutera Gred J44.
Pejabat ini terletak di Seri Iskandar dan disokong oleh dua(2) pejabat kecil iaitu di Kampung Gajah dan Tanjung Belanja.
JKR Perak Tengah ini dibahagikan kepada beberapa bahagian dan unit :-
1- BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN
2- BAHAGIAN JALAN ( Merangkumi Pejabat Kecil Kg. Gajah dan Tanjung Belanja)
3- BAHAGIAN BANGUNAN (Merangkumi Unit Persiapan)
4- UNIT UKUR BAHAN
5- UNIT ELEKTRIK
PIAGAM PELANGGAN JKR
FUNGSI
Merancang, merekabentuk dan membina projek infrastruktur seperti jalan, bangunan kerajaan, lapangan terbang, pelabuhan, jeti dan produk kejuruteraan yang berkaitan:
- Menyelenggara jalan dan bangunan kerajaan yang tertentu dan :
- Memberi khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan diperingkat persekutuan, negeri dan daerah.
OBJEKTIF
Sebagai perunding utama kepada Kerajaan Negeri Perak. Objektif Jabatan Kerja Raya adalah untuk Menyerahkan projek yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
VISI
"Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan insfranstruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini"
MISI
Misi kita ialah untuk menyumbangkan kepada pembangunan negara dengan:-
- Membantu pelanggan kita merealisasikan matlamat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
- Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
- Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
- Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan yang sedia ada.
- Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
- Mengutamakan integriti dalam memberi perkhidmatan.
- Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
- Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.
SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN AKTIVITI JABATAN KERJA RAYA PERAK TENGAH
Semasa ditubuhkan pada tahun 1979 kakitangannya hanya terdiri daripada seorang Jurutera Kerja dan beberapa orang kakitangan iaitu seorang Kerani, Juruteknik, Juruteknik Rendah, Pelukis Pelan serta beberapa orang Pekerja Am. Memandangkan kepada tugas yang berat yang ditanggung oleh seorang Jurutera Kerja dalam melaksanakan program-program pembangunan di dalam daerah maka pada tanggal 1hb. Januari 1981 jawatan tersebut telah dinaiktaraf kepada jawatan Jurutera Daerah JKR Perak Tengah sepertimana daerah-daerah yang lain.
Setelah beberapa tahun kemudian JKR Perak Tengah telah berkembang menjadi sepertimana JKR Daerah lain yang mana ianya dipimpin oleh Jurutera Daerah yang mentadbir Bahagian Pentadbiran, Bangunan, Jalan, Pendidikan, Elektrik, Stor, Senibina dan Ukur Bahan serta mempunyai Cawangan-cawangan kecil di bawahnya yang mempunyai peranan masing-masing. Kini JKR Perak Tengah mempunyai 154 orang kakitangan.