Jabatan Kerja Raya Daerah Perak Tengah diketuai oleh Jurutera Daerah Gred J48 dan dibantu oleh dua (2) Jurutera Gred J44.

Pejabat ini terletak di Seri Iskandar dan disokong oleh dua(2) pejabat kecil iaitu di Kampung Gajah dan Tanjung Belanja.

JKR Perak Tengah ini dibahagikan kepada beberapa bahagian dan unit :-

1- BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

2- BAHAGIAN JALAN ( Merangkumi Pejabat Kecil Kg. Gajah dan Tanjung Belanja)

3- BAHAGIAN BANGUNAN (Merangkumi Unit Persiapan)

4- UNIT UKUR BAHAN

5- UNIT ELEKTRIK

 

PIAGAM PELANGGAN JKR

 

FUNGSI

Merancang, merekabentuk dan membina projek infrastruktur seperti jalan, bangunan kerajaan, lapangan terbang, pelabuhan, jeti dan produk kejuruteraan yang berkaitan:

  1. Menyelenggara jalan dan bangunan kerajaan yang tertentu dan :
  2. Memberi khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan diperingkat persekutuan, negeri dan daerah.

OBJEKTIF

Sebagai perunding utama kepada Kerajaan Negeri Perak. Objektif Jabatan Kerja Raya adalah untuk Menyerahkan projek yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.

VISI

"Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan insfranstruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini"

 

MISI

       Misi kita ialah untuk menyumbangkan kepada pembangunan negara dengan:-

  1. Membantu pelanggan kita merealisasikan matlamat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
  2. Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
  3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
  4. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan yang sedia ada.
  5. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
  6. Mengutamakan integriti dalam memberi perkhidmatan.
  7. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
  8. Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

 

SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN AKTIVITI JABATAN KERJA RAYA PERAK TENGAH

 
JKR Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1hb. Ogos 1979. Penubuhan JKR Daerah Perak Tengah ini adalah disebabkan oleh beberapa aspek. Pertamanya adalah kerana Daerah Perak Tengah sendiri yang telah ditubuhkan pada 1936 iaitu lebih 40 tahun usianya tentunya banyak program-program pembangunan yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia. Dengan adanya sebuah organisasi JKR di bawah pentadbiran Daerah Perak Tengah secara langsung maka proses perlaksanaan program-program pembangunan akan menjadi lebih baik dan berkesan.Keduanya dengan tertubuhnya JKR Daerah Perak Tengah ini maka beban kerja yang selama ini ditanggung oleh Daerah Kuala Kangsar, Kinta, Manjung dan Hilir Perak telah dapat dikurangkan.

Semasa ditubuhkan pada tahun 1979 kakitangannya hanya terdiri daripada seorang Jurutera Kerja dan beberapa orang kakitangan iaitu seorang Kerani, Juruteknik, Juruteknik Rendah, Pelukis Pelan serta beberapa orang Pekerja Am. Memandangkan kepada tugas yang berat yang ditanggung oleh seorang Jurutera Kerja dalam melaksanakan program-program pembangunan di dalam daerah maka pada tanggal 1hb. Januari 1981 jawatan tersebut telah dinaiktaraf kepada jawatan Jurutera Daerah JKR Perak Tengah sepertimana daerah-daerah yang lain.

Setelah beberapa tahun kemudian JKR Perak Tengah telah berkembang menjadi sepertimana JKR Daerah lain yang mana ianya dipimpin oleh Jurutera Daerah yang mentadbir Bahagian Pentadbiran, Bangunan, Jalan, Pendidikan, Elektrik, Stor, Senibina dan Ukur Bahan serta mempunyai Cawangan-cawangan kecil di bawahnya yang mempunyai peranan masing-masing. Kini JKR Perak Tengah mempunyai 154 orang kakitangan.

logobawah

Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Rabu 10 Ogos 2022, 13:15:34.