Assalamualaikum w.b.t,

 

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk menyampaikan perutusan sebagai Jurutera Daerah Kinta buat pertama kalinya di dalam online portal laman web JKR Daerah Kinta.

Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi penghargaan kepada Pengurusan Tertinggi JKR Perak kerana memberi peluang menyampaikan sepatah dua kata. Tahniah juga kepada semua pegawai dan kakitangan JKR Daerah Kinta kerana berjaya mengharungi ujian dan cabaran bersama-sama saya i dengan penuh komited dan cemerlang.

Tahniah juga kepada Pengurusan Tertinggi JKR Malaysia yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui JKR Daerah Kinta yang merupakan salah satu daerah utama bagi Negeri Perak kerana di sini terletaknya ibu negeri Perak iaitu Bandaraya Ipoh. Daerah Kinta meliputi keluasan 130,500 hektar dan mempunyai sebanyak 18 mukim. Jumlah panjang jaringan jalan raya persekutuan ialah 178.232 km manakala jumlah panjang jaringan jalan raya negeri ialah 158.69 km.

Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak pengurusan tertingi JKR Perak kerana mewujudkan ruangan portal online ini. Saya berharap ianya dapat memberi maklumat dan info berguna dengan tepat dan pantas kepada semua oranga awam dan penduduk Daerah Kinta khususnya.

 

Sekian, wassalam.

 

KAMAL AFENDI BIN DESA

JURUTERA DAERAH KINTA

logobawah
Hakmilik © 2020 JABATAN KERJA RAYA PERAK DARUL RIDZUAN
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.Laman Web ini menggunakan SUSUN ATUR RESPONSIF. Kemaskini Terakhir : Isnin 24 Januari 2022, 00:28:54.