Skip to main content

Perutusan Jurutera Daerah 2020

"PELANGGAN DIUTAMAKAN JANJI DIKOTAKAN"

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Selamat Datang ke JKR Perak Tengah.

Alhamdulilah, dengan adanya Laman Web Rasmi JKR Perak Tengah, semoga ianya dapat memudahkan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai maklumat.

Di samping itu, ia juga membolehkan seluruh kakitangan JKR dan juga orang ramai untuk mengakses laman ini walau di mana sahaja mereka berada dengan hanya hujung jari sahaja. Mereka boleh mendapatkan informasi berkaitan Visi, Misi, Fungsi dan Piagam Pelanggan serta aktiviti yang berguna melalui laman web ini.

Apa yang penting ialah proses pengemaskinian berterusan yang akan sentiasa dilakukan bagi memastikan setiap pengguna mendapat informasi dan berita terkini tentang JKR Perak Tengah.

Sekian. 
Ir. Ahmad Abdul Shahid Bin Mohamad
Jurutera Daerah JKR Perak Tengah